Sunday 21 July 2013

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Kelas : DUB1B
Nombor Pendaftaran : 15DUB13F1044
Penasihat Akademik : Puan Che Norhayati Mohd. Salleh




Tarikh : 16 JUN 2013
Hari : Ahad
Tempat : Politeknik Sultan Azlan Shah


           16 Jun 2013.. Bermulanya tarikh ini maka aku NUR FAQIHAH BINTI MARZUKI menjejakkan kaki ke 'TAMAN ILMU' yang peringkat lebih tinggi.. Alhamdulillah aku dan kembar dapat menyambungkan pelajaran ke IPTA yang sama dan kursus yang sama.. Ayah adalah antara orang yang paling seronok apabila mendapat berita kami anak kembarnya dapat tempat untuk menyambungkan pelajaran ditempat yang sama dan kursus yang sama.. Ayah sungguh bersemangat menyuruh kami menyiapkan semua barang-barang, dokumen dan keperluan dengan cepat.. Sedangkan tarikh pendaftaran masih lambat.. Ayah juga sering cakap yang beliau akan menghantarkan kami semasa hari pendaftaran nanti kerana beliau ingin melihat anak bongsunya melangkahkan kaki di tempat baruku ini dengan matanya sendiri.. Tapi segalanya sudah tertulis dan takdir yang menentukan segalanya.. Ayah tidak sempat melihat kami sambung pelajaran.. Ayah telah pergi meninggalkan dunia yang sementara ini seminggu sebelum hari pendaftaran.. Tetapi ayah telah menyiapkan semua keperluan kami dan beliau telah menandatangani semua dokumen kami sehari sebelum beliau pergi bertemu Tuhan pencipta sekalian alam.. Ayah seperti sudah tahu bahawa beliau akan pergi jauh meninggalkan kami.. Terasa sangat ralat.. Sikap peliknya langsung tidak kami sedari.. Sedangkan sikapnya itu bermula sejak beliau mendapat tahu permohonan kami lulus.. Ayah sering melafazkan syukur kerana aku dan kembar mendapat tempat belajar di tempat yang sama.. Katanya baguslah..'SENANG'.. Sering tertanya.. Apa yang senang?? Sekarang barulah kami tahu apa yang dimaksudkan 'SENANG' itu oleh ayah.. Kerana bila beliau sudah tiada mak dan keluarga mudah untuk uruskan kami kerana kami berada di tempat yang sama.. Aku terasa amat kehilangan kerana hubungan aku dan ayah sangat akrab.. Sejak detik itu, tiada lagi suara merdu ayah yang sering menyanyikan lagu pada aku dan kembar.. Tiada lagi juga langkah demi langkah tarian ayah yang sering kami menari bersama di 'SYURGA' kediaman peninggalan ayah buat isterinya dan anak-anak.. Gitar, keyboard dan piano diam membisu.. Menitiskan air mata jernih tanda rinduku pada ayah apabila melihat jiwanya tidak lagi bersuara.. Ayah pemain muzik yang paling aku kagum dan bangga.. Ayah 'MENTOR' ku.. Inilah dugaan dan ujian yang harus aku hadapi.. Demi Allah.. Ujian ini amat berat bagiku.. Tapi apa yang boleh aku buat?? Melawan takdir?? Aku redha, tabah dan sabar menghadapinya.. Patah semangatku dipulih oleh mak, adik-beradik, nenek, kawan-kawan, saudara-mara dan orang-orang yang ku sayang.. Detik ini aku harus berdiri dikaki sendiri kerana ayah tiada lagi untuk menjadi tempat bergantung.. Ayah pergi ada hikmahnya INSYAALLAH.. Ayah pergi kerana mahu melihat kami hidup berdikari.. Permintaan terakhir ayah adalah menyuruh kami anak kembarnya menyambungkan pelajaran.. Kerana katanya manusia akan gelap jika tidak disuluh dengan ilmu.. Ayah amat mementingkan pelajaran terhadap anak-anaknya.. Janjiku pada ayah bahawa aku akan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya sampai ke menara gading.. INSYAALLAH.. Walaupun ayah tiada lagi disisi tetapi ayah sentiasa berada dihati..

           Orang melihat aku tersenyum dan tawa mesra.. Tetapi itu hanya perwatakan yang harus aku lakonkan di atas pentas dunia ini.. Mereka tidak pernah tahu bahawanya disebalik keping hatiku berderai bagaikan hujan lebat yang tidak pernah berhenti.. Menjerit terasa perit hatiku hanya ALLAH sahaja yang tahu.. Berlinang air mata di dalam kelopak mata dirahsiakan.. Aku tidak mahu sesiapa tahu kerana aku tidak mahu mereka rasa apa yang aku rasa kerana biarlah ini menjadi satu semangatku untuk teruskan hidup..
   
                  ...Hujan turunlah
                  agar tak diketahui 
                airmataku mengalir...

     "Ayah.. Doakan kejayaan adik.. Adik tahu ayah sentiasa ada dan nampak adik walaupun adik tak boleh nampak ayah.. Adik rindu ayah sangat-sangat.. Ayah sentiasa ada didalam doa adik.. Adik akan jaga mak baik-baik sepertimana ayah menjaga mak dengan baik.. Segala pengorbanan ayah untuk kami anak-anakmu amat kami hargai dan kami ingin mengucapkan terima kasih sangat-sangat pada ayah.. Ayah telah mendidik kami dengan sempurna.. Tiada lain yang boleh menggantikan ayah dalam hati ini.. Ayah sangat penyayang dan ayah jugalah Kawan Baik kami.. Kami anak-anakmu atau yang sering ayah katakan 'HARTAKU' penyambung harum namamu MARZUKI BIN YUSIE.. Tenanglah ayah ku sayang.. Tenanglah dikau bersama orang-orang beriman
'Di Sana'.. Setiap langkah ada doa kudus buat mu dari kami anak-anakmu AYAH... Adik sayang ayah sangat-sangat.. 
You Are MY HERO Dad ! "



My beloved father MARZUKI BIN YUSIE


   Yesterday by The Beatles.. Lagu yang sering dinyanyikan bersama ayah
                                         i miss you dad !